Pengenalan Produk Cornflakes Crunchies




Cornflakes Crunchies menyediakan snek atau makanan ringan yang diperbuat   daripada empingan jagung atau “cornflakes”. Makanan ringan ini sesuai dan selamat dimakan bagi semua jenis peringkat umur dan masyarakat. Produk ini hanya menggunakan bahan-bahan yang halal dan berkualiti bagi memastikan kesedapan dan keranggupan produk ini dijaga dan berkualiti tinggi.Selain itu,produk ini mempunyai dua perisa iaitu perisa ‘Madu Asli’ dan ‘Madu Pedas’.Perisa Madu Asli dihasilkan menggunakan 100 % madu asli yang berkualiti tinggi bagi menghasilkan kemanisan yang asli supaya tidak terlalu manis dan sangat sedap.Manakala bagi perisa Madu Pedas, ia dihasilkan sama seperti perisa madu asli iaitu menggunakan 100 %  madu asli serta bahan –bahan yang lain seperti cili,ikan bilis dan kacang tanah yang telah diproses dengan teliti dan bersih bagi menjamin kualiti produk.Perisa madu pedas ini tidak terlalu pedas dan selamat dimakan bagi golongan kanak-kanak.Ia juga sesuai bagi individu yang sukakan gabungan antara pedas dan manis.

Comments

Popular posts from this blog

Khasiat Cornflakes

Panduan Khasiat Bijirin Penuh

Flyer / Risalah