PANDUAN KHASIAT BIJIRIN PENUH. Amalan pengambilan bijirin penuh memberikan kesan yang positif terhadap kesihatan manusia. Kita semamangnya banyak mengambil bijirin setiap hari, namun begitu adakah bijirin yang diambil tersebut terdiri daripada bijirin penuh? Bijirin penuh terdiri daripada komponen bran, germa, dan endosperma. Ia kaya dengan sumber protein, antioksidans, fiber, kalsium, asid lemak perlu, pelbagai vitamin, dan mineral. Menurut Panduan Diet Malaysia 2010, separuh daripada pengambilan bijirin penuh harian terdiri daripada bijirin penuh, iaitu 2-4 saiz sajian sehari. Antara sumber makanan bijirin penuh adalah biskut bijirin penuh, roti bijirin penuh, barli, bertih jagung, beras perang, oat, pasta/mee bijirin penuh, bijirin sedia dimakan, muesli, dan granola bars. Keputusan kajian epidemiologi menunjukkan bahawa individu yang mengambil bijirin penuh melebihi satu saiz sajian sehari mempunyai jisim tubuh yang lebih baik. Hal ini kerana bijirin penuh